NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

“Percutian 2026: Ini Rahsia Waktu Terbaik Untuk Dapat Tiket Flight Murah!

“Percutian 2026: Ini Rahsia Waktu Terbaik Untuk Dapat Tiket Flight Murah!

KOS tiket penerbangan yang semakin mahal sering menjadi rungutan ramai, lebih-lebih lagi apabila menghampiri musim cuti dan perayaan.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa pemilihan waktu tempahan sebenarnya memainkan peranan besar dalam mendapatkan harga tiket yang lebih menjimatkan.

Perkongsian beberapa pengguna media sosial mendedahkan terdapat waktu tertentu yang dianggap paling ‘emas’ untuk memburu tiket penerbangan murah, iaitu pada lewat malam hingga awal pagi.

Menurut pengalaman mereka, sekitar jam 12 tengah malam hingga 3 pagi merupakan masa terbaik untuk membuat semakan dan tempahan, apabila sistem tempahan syarikat penerbangan dipercayai sedang mengemas kini data.

“Biasanya ketika ini, tiket yang tidak diselesaikan pembeli lain akan dilepaskan semula ke sistem. Kadang-kadang harga promosi muncul tanpa disedari,” kata seorang pengguna.

Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan supaya kerap menyemak laman web rasmi syarikat penerbangan serta aplikasi tempahan kerana tawaran diskaun sering muncul secara mengejut tanpa sebarang hebahan awal.

Dengan sedikit strategi dan kesabaran, penumpang berpeluang menjimatkan perbelanjaan perjalanan dan merancang percutian dengan lebih bijak.

Jadi, bagi anda yang merancang bercuti pada tahun 2026, jangan malas berjaga malam — mungkin di situlah peluang tiket murah menanti.

Sumber: MSTAR

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy