Pergelangan Tangan Penunggang Motosikal Putus Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Pergelangan Tangan Penunggang Motosikal Putus Dalam Nahas Tiga Kenderaan

KUALA LANGAT – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila pergelangan tangan kanannya terputus selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Rambai, Jenjarom, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari itu membabitkan sebuah motosikal Yamaha LC135 dan kereta Proton Satria, sebelum insiden berkenaan tular di media sosial. Mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, dikatakan sedang dalam perjalanan menghala ke Jalan Sungai Rambai.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati Proton Satria terbabit dipercayai keluar dari simpang Jalan Akasia sebelum melanggar motosikal mangsa.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke bahu jalan dan mengalami kecederaan parah termasuk pergelangan tangan terputus serta kecederaan pada kaki kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, impak kemalangan menyebabkan Proton Satria berkenaan melanggar besi penghadang jalan sebelum berpusing ke lorong bertentangan dan merempuh bahagian hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Banting dan berjaya menjalani pembedahan pada tangan kanannya serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Sementara itu, pemandu Proton Satria berusia 20-an dan pemandu Toyota Vellfire berusia 60-an dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa cermat dan tidak bertimbang rasa.

Sumber: KOSMO

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD