SHAH ALAM – Pelaksanaan Program Pengurangan Kompaun Saman sehingga 70 peratus membuahkan hasil apabila Polis Selangor berjaya mengutip bayaran saman berjumlah RM19.5 juta sepanjang tempoh dua bulan, yang melabuhkan tirainya semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, seramai ratusan ribu pengguna jalan raya tampil menyelesaikan saman tertunggak, dengan keseluruhan 258,345 keping saman berjaya dilunaskan sepanjang program tersebut berlangsung.
Menurut beliau, bayaran melibatkan 125,759 saman jenis POL.257 menyumbang kutipan sebanyak RM11.49 juta, manakala 132,586 saman POL.170A pula merekodkan kutipan berjumlah RM8.02 juta.
Dalam perkembangan sama, IPD Klang Selatan muncul sebagai daerah dengan kutipan tertinggi iaitu RM2.7 juta, diikuti IPD Petaling Jaya sebanyak RM2.1 juta dan IPD Kajang dengan kutipan RM1.7 juta.
Tambahnya, sambutan positif terhadap program berkenaan mencerminkan kesedaran serta tahap pematuhan undang-undang jalan raya yang semakin baik dalam kalangan masyarakat.

Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?