NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tragedi Kebakaran Bengkel: 51 Kereta Musnah Di Sungai Buloh

Tragedi Kebakaran Bengkel: 51 Kereta Musnah Di Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Sebanyak 51 buah kenderaan musnah dalam satu kebakaran besar yang melibatkan sebuah bengkel servis dan mengecat kereta milik pengeluar automotif tempatan di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.17 petang, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

Menurutnya, operasi pemadaman turut melibatkan pasukan dari BBP Damansara, Rawang, Bukit Jelutong dan Petaling Jaya bagi mengawal kebakaran yang merebak dengan pantas.

“Seramai 27 anggota dan pegawai, dibantu lima jentera bomba serta dua lori tangki air, dikerahkan bagi memadam kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, kebakaran membabitkan sebuah bangunan bengkel kelas B dengan anggaran keluasan 200 x 200 kaki persegi.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.28 petang, dan pemeriksaan awal mendapati 51 buah kereta yang berada di dalam bengkel berkenaan hangus terbakar.

Setakat ini, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy