NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Remaja Lelaki dan Perempuan Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta di Sandakan

Remaja Lelaki dan Perempuan Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta di Sandakan

Sandakan: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia bersama seorang lelaki berusia 18 tahun dalam sebuah kereta di Bandar Sejati Walk, pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy, pasukan polis bersama unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah segera ke lokasi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati semua tingkap kereta ditutup rapat dan berkunci, dengan barang berharga mangsa masih berada di dalam kenderaan. “Siasatan awal menunjukkan mangsa lelaki meninggalkan rumah Jumaat lalu untuk berjumpa pelajar perempuan itu, namun kedua-duanya gagal dihubungi selepas itu,” jelasnya.

Ramasamy menambah, bapa mangsa kemudian menemui kereta tersebut di tempat letak kereta Bandar Sejati Walk. Dia berjaya membuka pintu kereta menggunakan kunci pendua sebelum menemui kedua-dua mangsa.

Setakat ini, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat, dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat. Kes ini kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Berita Harian

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy