NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Nyawa Penunggang Motosikal Melayang Akibat Kereta Menyilang Laluan

Nyawa Penunggang Motosikal Melayang Akibat Kereta Menyilang Laluan

SEGAMAT – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang menukar laluan di Kilometer 153, Jalan Johor Bahru–Seremban, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ng Swie Chait berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 6.15 pagi itu melibatkan seorang penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 50-an.

Menurut beliau, motosikal berkenaan yang sedang bergerak dari arah Labis ke Chaah dipercayai melanggar bahagian sisi kanan sebuah kereta jenis Proton Persona ketika kedua-dua kenderaan berada di laluan yang sama.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta tersebut menukar laluan dari lorong kiri ke lorong kanan, menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu kereta yang berusia 30-an bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy