NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Gatal Pun Ada Gaya, Lembu Ini Pilih Berus

Gatal Pun Ada Gaya, Lembu Ini Pilih Berus

VIENNA – Tingkah laku seekor lembu di Austria mencuri perhatian dunia sains apabila haiwan ternakan itu didapati menggunakan alat seperti kayu dan berus untuk menggaru badannya sendiri.

Menurut laporan agensi berita United Press International, penyelidik dari Universiti Perubatan Veterinar Vienna mendedahkan bahawa lembu baka Switzerland milik seorang penduduk tempatan, Witgar Wiegele, telah menunjukkan kebolehan luar biasa tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Lembu betina yang dinamakan Veronika itu dipercayai mula mengutip kepingan kayu sekitar sedekad lalu sebelum beralih menggunakan berus panjang bagi melegakan kegatalan pada tubuhnya. Lebih mengejutkan, haiwan itu kelihatan memahami fungsi berus berkenaan dengan menggunakan bahagian hujung untuk menggaru kulit yang tebal, manakala pemegang digunakan pada kawasan badan yang lebih sensitif.

Ahli biologi kognitif universiti berkenaan, Alice Auersperg berkata, pemerhatian tersebut membuka ruang kepada penilaian semula tahap kecerdasan haiwan ternakan, khususnya lembu.

“Rakaman ini jelas menunjukkan ia bukan berlaku secara kebetulan. Tingkah laku ini membuktikan penggunaan alat oleh spesies yang selama ini sering dipandang rendah dari sudut kebolehan kognitif,” katanya seperti dipetik dalam jurnal Current Biology.

Sumber: KOSMO

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD