Langkawi: Sebuah rumah bersama sebuah kenderaan mengalami kerosakan teruk dalam kejadian kebakaran yang berlaku sejurus waktu berbuka puasa pada hari pertama Ramadan di Kuarters Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Padang Matsirat, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.52 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, operasi pemadaman turut dibantu oleh anggota dari BBP Langkawi bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.
“Kebakaran itu turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Volkswagen Polo yang mengalami kemusnahan hampir 90 peratus. Bagaimanapun, kejadian ini tidak membabitkan sebarang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.17 malam sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 10.01 malam.
Punca kejadian serta anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber: Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?