Aplikasi pembayaran digital Touch ‘n Go (TNG) eWallet milik Malaysia terus mencuri perhatian, kali ini daripada pengguna di Indonesia yang menyuarakan hasrat untuk melihat versi khas diperkenalkan di negara mereka.
Perkara itu mula tular selepas seorang pengguna Indonesia memuat naik hantaran di Threads yang memuji reka bentuk antara muka (UI) aplikasi berkenaan. Menurutnya, TNG eWallet tampil dengan paparan yang mesra pengguna, moden dan mudah difahami.
Dalam hantaran tersebut, beliau turut merayu agar pihak Touch ‘n Go mempertimbangkan pembangunan versi Indonesia yang membolehkan pendaftaran menggunakan Kartu Tanda Penduduk (KTP).
“Tolong @mytouchngo buatkan juga versi Indonesia supaya kami boleh mendaftar guna KTP. Reka bentuk UI aplikasi ini sangat menarik dan bagus,” tulisnya. @Threads
Hantaran itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi positif daripada warga Indonesia lain yang pernah menggunakan aplikasi tersebut ketika berada di Malaysia atau membuat transaksi rentas sempadan.
Antara kelebihan yang sering dipuji ialah kemudahan melakukan pembayaran antarabangsa, fungsi penyimpanan wang digital serta sokongan transaksi di lebih 50 negara di seluruh dunia. Bagi sesetengah pengguna, TNG eWallet dilihat sebagai satu aplikasi ‘universal’ yang praktikal untuk kegunaan harian termasuk urusan dalam talian merentasi negara.
Walaupun Indonesia mempunyai beberapa aplikasi dompet digital tempatan, sebahagian pengguna berpendapat masih terdapat kekangan dari segi ciri serta liputan pembayaran global jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh TNG eWallet.
Dalam masa sama, mereka berharap agar sistem pendaftaran TNG pada masa akan datang dapat menyokong penggunaan KTP sebagai dokumen pengenalan, dan tidak terhad kepada pasport atau nombor telefon sahaja.
Hasrat tersebut memperlihatkan bagaimana inovasi fintech Malaysia mula mendapat pengiktirafan serantau, sekali gus membuka potensi peluasan pasaran ke negara jiran pada masa akan datang.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?