TANGKAK – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan pemeriksaan di lorong kecemasan Kilometer 107.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pada hari Isnin.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.07 petang.
Menurut beliau, kemalangan berlaku ketika pegawai polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak sedang membuat pemeriksaan terhadap seorang lelaki di lorong kecemasan sebelum dirempuh motosikal terbabit.
“Pegawai polis berkenaan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya lagi, pegawai polis dan penunggang motor tersebut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Jasin, Melaka untuk rawatan lanjut.
“Penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 38 tahun yang menunggang motosikal jenis Suzuki DL650XA, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
“Kes hanya melibatkan motosikal mangsa dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zamil Azwa Amir Azwa di talian 019-3058346 bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?