NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemandu Lawan Arus Lebuhraya Persekutuan Ditahan Polis

Pemandu Lawan Arus Lebuhraya Persekutuan Ditahan Polis

PETALING JAYA – Pemandu lawan arus Lebuhraya Persekutuan ditahan polis selepas dikesan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di lebuh raya berkenaan, semalam.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu melibatkan sebuah kenderaan jenis Jaecoo J7 berwarna putih yang dipandu melawan arus di laluan menghala ke Kuala Lumpur.

Kenderaan terbabit kemudiannya merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang melalui laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pemandu Perodua Myvi adalah wanita warga tempatan dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu.

“Pemandu lelaki Jaecoo J7 kini ditahan untuk pertuduhan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan yang boleh mengancam nyawa.

“Polis kini sedang melengkapkan siasatan dan memohon kerjasama orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk membantu pihak berkuasa.

“Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD