MIRI – Kereta BMW bernombor pendaftaran Brunei musnah sepenuhnya dalam kebakaran di kawasan gudang logistik sebuah syarikat di Piasau, lewat malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 11.15 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.
Pasukan pertama tiba pada jam 11.22 malam dan mendapati kenderaan berkenaan telah terbakar 100 peratus. Dua pekerja kilang dilaporkan cuba memadamkan api menggunakan enam unit alat pemadam api sebelum ketibaan bomba.
Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula bersama satu nozel buih serta dua tong buih.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.40 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.15 tengah malam.
Tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?