SABAK BERNAM – Seorang kakitangan syarikat kurier meninggal dunia dalam satu kemalangan maut selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 54, Jalan Klang–Teluk Intan, petang Selasa.
Kejadian yang berlaku pada jam 6.45 petang itu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun mangsa dan disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad memaklumkan, ketika kejadian mangsa dipercayai menunggang motosikal Yamaha Lagenda dari tempat kerjanya di sekitar Sungai Besar.
“Setibanya di lokasi menghala ke arah Peket 20, motosikal mangsa di lorong kiri jalan dipercayai secara tiba-tiba bergesel dengan sebuah treler di lorong sama.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh di kiri jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk proses bedah siasat.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian.
Pihak berkuasa juga memohon kerjasama orang ramai atau mana-mana saksi yang berada di lokasi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu melengkapkan siasatan.
Saksi boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?