Setakat 31 Mac 2026, dunia sedang memerhati dengan penuh debar ketegangan yang berlaku antara Iran dan Amerika Syarikat (AS). Bagi kaki travel, situasi ini menimbulkan satu persoalan besar, masih ada ke negara selamat travel sekarang?
Ramai yang sudah mula membatalkan tempahan hotel dan tiket penerbangan kerana risau akan keselamatan ruang udara serta lonjakan harga minyak global. Namun, tidak semua destinasi berada dalam “zon merah”.
Namun, perlu diingat: negara-negara ini mungkin menjanjikan perlindungan daripada konflik fizikal, tetapi tidak daripada ‘perang ekonomi’. Di saat krisis geopolitik menghimpit dunia, bajet percutian anda bakal diuji dengan lonjakan harga tiket penerbangan dan kos sara hidup yang tidak menentu. Selamat dari segi fizikal, tidak bermakna selamat untuk poket anda. Sediakan payung sebelum hujan, dan sediakan dana lebih sebelum terbang.
Ramai pembaca bertanya, adakah Indonesia masih selamat untuk dikunjungi? Jawapannya, ya, sangat selamat.
Dari segi geopolitik, Indonesia mengamalkan polisi “Bebas Aktif”, bermakna mereka tidak memihak kepada mana-mana blok ketenteraan. Ini menjadikan Indonesia antara negara selamat travel sekarang yang paling stabil di Asia Tenggara.
Antara zon selamat yang boleh dilawati ialah Bali, Lombok, dan Yogyakarta yang kekal tenang tanpa sebarang gangguan keselamatan langsung.
Tetapi kena berjaga-jaga, walaupun fizikalnya selamat, Indonesia tidak terlepas daripada impak ekonomi global. Sebagai pengimport minyak, harga tiket domestik dan kos pengangkutan seperti teksi atau feri mungkin mengalami sedikit kenaikan harga (surge) berbanding tahun lepas.
Jika sebelum ini Thailand menjadi destinasi kegemaran, tahun 2026 menyaksikan ramai pengembara beralih arah ke Vietnam. Mengapa?
Vietnam mempunyai hubungan diplomatik yang sangat unik, mereka kawan kepada semua pihak (AS, Rusia, dan China). Ini memberikan “perisai” neutraliti yang sangat kuat kepada mereka.
Antara kelebihan travel ke Vietnam, kos sara hidup di sana buat masa ini lebih terkawal berbanding negara jiran. Nilai mata wang Dong (VND) yang kompetitif membuatkan Ringgit Malaysia anda masih berkuasa di sini. Anda masih boleh dapatkan semangkuk Pho yang panas atau kopi egg coffee dengan harga bawah RM10 walaupun dunia tengah krisis.
Bagi yang mempunyai bajet lebih besar dan mahu lari sejauh mungkin dari zon konflik, dua negara ini kekal dalam senarai negara selamat travel sekarang.
Dari segi fizikal, ia berada beribu-ribu kilometer daripada sebarang zon peluru berpandu atau ketegangan ruang udara.
Walaupun NZ selamat, jalan nak ke sana sangat mencabar sekarang. Syarikat penerbangan terpaksa melencongkan laluan untuk mengelak zon berisiko, menyebabkan waktu penerbangan bertambah lama.Walaupun anda memilih destinasi yang dikategorikan sebagai selamat, situasi geopolitik tahun 2026 ini boleh berubah dalam sekelip mata. Berikut adalah langkah wajib untuk korang yang nak travel:
Jika anda merasa ragu-ragu atau was-was, tidak salah untuk menangguhkan perjalanan antarabangsa dan memilih untuk bercuti di dalam negara dahulu sehingga keadaan kembali stabil.
Dah pilih destinasi anda? Jangan lupa baca artikel kami tentang 10 Tempat Percuma Di KL jika anda pilih untuk staycation sahaja hujung minggu ini!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?