Memandangkan situasi antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) kembali hangat diperkatakan, ramai rakyat Malaysia mula merasa ‘cuak’ untuk meneruskan perancangan travel overseas. Ada yang sudah mula berkira-kira nak batalkan tiket penerbangan dan ada juga yang bimbang jika tersangkut di lapangan terbang.
Sebenarnya, anda tak perlu panik secara melulu. Geopolitik memang nampak rumit, tapi bagi kita pengembara, apa yang paling penting adalah tahu bagaimana isu ini memberi kesan kepada perjalanan udara kita. Ini adalah ringkasan situasi terkini yang perlu anda tahu:
Laluan Udara “Jalan Tutup” (Airspace Closures)
Apabila ketegangan berlaku, ruang udara di kawasan terbabit (terutamanya di Timur Tengah) biasanya akan dianggap sebagai zon berisiko. Syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Qatar Airways, dan Emirates biasanya akan mengambil langkah proaktif dengan melencongkan (rerouting) penerbangan mereka.
Impaknya kepada anda? Penerbangan ke Eropah atau Amerika mungkin akan mengambil masa lebih lama (sekitar 1 hingga 2 jam tambahan) kerana juruterbang terpaksa menggunakan jalan jauh demi keselamatan. Jadi, jangan terkejut kalau jadual anda sedikit lari!
Harga Tiket & Caj Bahan Api
Situasi di Timur Tengah sering kali memberi kesan kepada harga minyak dunia. Apabila harga minyak naik, syarikat penerbangan mungkin akan mengenakan caj tambahan bahan api.
Antara negara-negara yang harga tiket penerbangannya sudah melonjak:
Tips: Jika anda sudah beli tiket awal, biasanya harga tidak akan berubah. Namun, bagi yang baru merancang nak tempah, anda mungkin perasan harga tiket sedikit melonjak berbanding bulan lepas.
Travel Insurance
Ini perkara paling kritikal yang ramai orang terlepas pandang. Kebanyakan insurans perjalanan mempunyai terma ‘Exclusion’ untuk kejadian yang dikategorikan sebagai peperangan atau serangan pengganas.
Jika anda mahu membatalkan penerbangan atas rasa takut sendiri (bukan kerana syarikat penerbangan yang batalkan), insurans biasanya tidak akan tanggung. Anda hanya boleh tuntut ganti rugi jika syarikat penerbangan itu sendiri mengisytiharkan pembatalan atau jika kerajaan mengeluarkan arahan rasmi larangan perjalanan (Travel Advisory).
Hak Anda Sebagai Penumpang
Setakat ini, kebanyakan syarikat penerbangan masih beroperasi seperti biasa namun dengan pemantauan rapi. Jika syarikat penerbangan membatalkan penerbangan anda atas faktor keselamatan ruang udara, anda berhak untuk mendapatkan penjadualan semula (re-scheduling) secara percuma dan mendapatkan pemulangan wang penuh (refund) atau baucar perjalanan (bergantung kepada polisi syarikat).
Patut Pergi atau Batalkan?
Nasihat terbaik buat masa ini ialah “Wait and See”. Jangan terburu-buru kerugian duit dengan membatalkan tempahan sendiri. Pantau emel daripada syarikat penerbangan anda dan muat turun aplikasi mereka untuk dapatkan live update.
Selagi tiada sekatan perjalanan daripada Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), perjalanan anda masih dianggap sah dan selamat mengikut laluan alternatif yang disediakan.
Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?