NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Polis Tumpaskan Sindiket Arak Tak Bercukai, Rampasan Cecah RM952,000

Polis Tumpaskan Sindiket Arak Tak Bercukai, Rampasan Cecah RM952,000

Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran minuman keras haram susulan serbuan di sebuah premis di Taman Utama Pekan Nenas, Sabtu lalu.

Dalam operasi tersebut, polis merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM952,000 serta menahan tiga lelaki warga asing berusia antara 24 hingga 33 tahun.

Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 12 tengah hari itu merupakan sebahagian daripada Operasi Taring Alpha 2 oleh sepasukan pegawai dan anggota Batalion 5 PGA.

Selain ratusan kotak arak, pihak berkuasa turut menyita sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan premis berkenaan sebagai stor rahsia untuk menyimpan stok arak sebelum dihantar kepada pelanggan.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superitenden Salehin Sulaiman, menjelaskan bahawa bekalan tersebut disasarkan untuk pasaran di sekitar daerah Pontian.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis yang disyaki dijadikan stor penyimpanan itu membawa kepada penahanan tiga lelaki. Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan premis tersebut sebagai tempat penyimpanan sebelum diedarkan ke pasaran sekitar daerah Pontian mengikut pesanan,” kata Superitenden Salehin Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek dan barang rampasan telah dibawa ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat dalam penyeludupan dan pengedaran minuman keras tanpa cukai ini.

Sumber: Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD