Kenaikan harga diesel yang kini mencecah RM6.72 seliter di Semenanjung Malaysia mula memberi impak langsung kepada sektor perniagaan buah-buahan.
Peniaga durian di sini melaporkan kos pengangkutan meningkat sehingga dua kali ganda, memaksa harga jualan dinaikkan bagi menampung kos operasi yang semakin menghimpit.
Nur Alia Najwa Khairul Anuar, 22, yang memperoleh bekalan dari Johor dan Thailand, menyatakan harga durian seperti IOI dan Udang Merah kini mencecah RM20 hingga RM25 sekilogram, berbanding hanya RM15 pada tahun lalu.
Kenaikan drastik kos bahan api lori menyebabkan margin keuntungan peniaga semakin mengecil.
Peningkatan kos diesel bukan sahaja menjejaskan harga jualan, malah mengubah logistik bekalan barangan keperluan lain.
Menurut Nur Alia, kos perjalanan lori yang dahulunya hanya memerlukan RM200 kini melonjak kepada RM500, manakala perjalanan ke Johor kini memakan belanja sehingga RM5,000.
“Peniaga terpaksa menaikkan sedikit harga jualan durian kerana kos pengangkutan meningkat. Sebelum ini, kos untuk minyak diesel bagi lori ke Thailand hanya kira-kira RM200, tetapi kini meningkat kepada RM500 dan hal sama juga jika lori ke Johor yang dulu memerlukan kos diesel kira-kira RM2,000 kini menjadi RM5,000,” katanya kepada media semalam.
Susulan kos penghantaran ke Thailand yang tidak lagi berbaloi, peniaga mengambil inisiatif menjual lambakan bekalan seperti telur dan durian gred rendah dengan harga lebih murah bagi membantu penduduk setempat.
Walaupun terpaksa menanggung kos diesel yang tinggi, langkah ini diambil bagi memastikan stok tidak terbazir.
“Kenaikan harga diesel menyebabkan sebahagian bekalan termasuk telur tidak dapat dihantar ke Thailand kerana kos tidak berbaloi. Keadaan ini menyebabkan bekalan jadi banyak dan kami mengambil peluang menjualnya di sini dengan harga lebih rendah walaupun terpaksa tanggung kos diesel yang tinggi,” tambahnya lagi.
Meskipun pelbagai promosi harga mampu milik ditawarkan, jumlah pelanggan dilaporkan semakin berkurangan.
Keadaan ini dipercayai berpunca daripada langkah berjimat cermat yang diambil oleh orang ramai ekoran krisis tenaga global yang terus memberi tekanan kepada kos sara hidup semasa.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?