Harga minyak mentah dunia kembali mencatatkan kenaikan hari ini selepas peserta pasaran mula meragui kestabilan gencatan senjata di Asia Barat.
Kebimbangan bahawa Selat Hormuz akan kekal disekat terus menghantui aliran tenaga global, sekali gus memadamkan penurunan harga yang sempat dicatatkan pada sesi dagangan sebelumnya.
Niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak 2.07 peratus kepada AS 96.71 setong, manakala West Texas Intermediate (WTI) AS turut meningkat 2.75 peratus kepada AS 97.01 setong.
Ketidaktentuan ini berlaku walaupun sebelum ini pasaran menjangkakan pembukaan semula laluan perairan penting yang membawa 20 peratus bekalan minyak dunia tersebut.
Penganalisis berpendapat keyakinan awal terhadap rundingan antara AS dan Iran kini semakin pudar.
Serangan berterusan Israel ke atas Lubnan telah menyebabkan Iran menyifatkan rundingan damai kekal sebagai sesuatu yang tidak munasabah.
Situasi ini menyebabkan penganalisis meramalkan harga minyak akan terus berada dalam keadaan tidak stabil.
“Kebarangkalian pembukaan semula (Selat Hormuz) dalam masa terdekat dilihat tipis. Pasaran niaga hadapan kelihatan agak tidak stabil. Jika tidak, harga sepatutnya kembali ke paras sebelum gencatan senjata,” kata Vandana Hari, pengasas Vanda Insights.
Walaupun Iran dilaporkan mula mengeluarkan peta laluan selamat bagi mengelak periuk api, syarikat pengendali kapal masih enggan mengambil risiko tanpa jaminan keselamatan dan kejelasan terma gencatan senjata yang lebih kukuh.
Selain itu, premium insurans yang tinggi turut menjadi penghalang utama pelayaran.
“Gangguan logistik, kebimbangan keselamatan, premium insurans yang tinggi dan kekangan operasi bermakna hanya sedikit tambahan bekalan tenaga dijangka dapat disalurkan melalui Selat Hormuz dalam tempoh dua minggu akan datang,” menurut nota penganalisis Standard Chartered.
Laporan mengenai serangan dron dan peluru berpandu ke atas kemudahan minyak di Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, dan UAE selepas pengumuman gencatan senjata menambah lagi kegusaran pasaran.
Meskipun Goldman Sachs menurunkan sedikit unjuran harga bagi suku kedua, risiko keselamatan di rantau Teluk tetap menjadi faktor utama yang mengekalkan harga minyak pada paras tinggi.
Sumber:Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?