NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kos COE Cecah RM315k! Singapura Kekal Negara Paling Mahal Miliki Kereta

Kos COE Cecah RM315k! Singapura Kekal Negara Paling Mahal Miliki Kereta

SINGAPURA – Impian untuk memiliki kereta bagi penduduk Singapura kini menjadi semakin sukar apabila kos untuk mendapatkan Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kategori kereta kecil melonjak mencecah hampir S$100,000 (kira-kira RM315,000).

Angka ini merupakan paras tertinggi dalam sejarah kuota kenderaan negara berkenaan, sekaligus mengekalkan status republik itu sebagai tempat paling mahal di dunia untuk memiliki sebuah kenderaan.

Sistem COE diperkenalkan oleh kerajaan Singapura sebagai langkah kawalan ketat bagi mengehadkan jumlah keseluruhan kenderaan di atas jalan raya sekitar satu juta unit sahaja.

Dengan populasi seramai 6.1 juta penduduk dan keluasan geografi yang boleh merentasi seluruh negara dalam masa kurang sejam, pemilikan kenderaan mewah dikawal menerusi bidaan kuota berkala yang memberikan hak milik selama 10 tahun sahaja.

Harga COE Kereta Kecil Melonjak 4 Kali Ganda

Kereta Singapura

Sejak fasa pasca-pandemik COVID-19, harga COE untuk kategori kenderaan kecil aitu kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1.6 liter, telah melambung sehingga empat kali ganda tanpa menunjukkan sebarang tanda akan turun dalam masa terdekat.

Sebagai perbandingan, pada Oktober 2023, harga kuota untuk kereta kecil ini hanya berada sekitar S$78,844 pada lelongan pertama tahun ini sehingga mencatatkan rekod baharu.

Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow, menjelaskan dalam sidang Parlimen bahawa terdapat dua faktor utama yang mendorong kepada kenaikan drastik ini.

“Permintaan kekal tinggi berikutan harga kereta elektrik (EV) yang semakin kompetitif, manakala jumlah COE bagi kategori kenderaan kecil yang ditawarkan dalam lelongan pula semakin berkurangan,” kata beliau ketika menjawab pertanyaan berhubung isu pasaran automotif tersebut.

Perbandingan Nilai: Harga Kertas COE Bersamaan 4 Buah Toyota Corolla di AS

Untuk memberikan gambaran betapa tidak masuk akalnya harga kenderaan di Singapura, nilai sekeping dokumen COE kereta kecil di sana sudah pun setara dengan kos membeli empat buah kereta Toyota Corolla baharu di Amerika Syarikat (AS).

Jika dicampur dengan kos kenderaan, cukai, dan yuran pendaftaran, struktur harga pasaran di Singapura adalah seperti berikut:

  • Kos Toyota Corolla Baru di Singapura: Mencecah S$139,000 dan RM580,848) termasuk COE.

  • Perbandingan Pendapatan: Nilai sebuah kereta bajet ini jauh lebih tinggi daripada median pendapatan tahunan isi rumah di Singapura iaitu sebanyak S$149,352 (kira-kira RM482,249).

  • Perbandingan Hartanah: Harga sebuah kereta kecil itu juga jauh lebih mahal berbanding harga permulaan sebuah flat subsidi kerajaan (HDB) bersaiz kecil yang dijual sekitar S$139,000 (kira-kira RM448,823).

Pengeluar Kereta Terpaksa Downgrade Prestasi Enjin

Situasi pasaran yang ekstrem ini turut memaksa pengeluar kenderaan global menukar strategi jualan mereka.

Demi memastikan model popular mereka kekal layak diletakkan di bawah kategori COE kereta kecil (yang cukainya lebih murah), banyak jenama bertindak menurunkan talaan kuasa serta prestasi enjin (detuning) khusus untuk unit yang dieksport ke pasaran Singapura.

Sumber: Berita Harian

Siti Sarah Abu Kassim

Siti Sarah merupakan Spesialis Naratif & Formula 1 (F1) yang pakar dalam menggarap skrip serta dialog berimpak tinggi. Berbekalkan pemahaman teknikal yang mendalam tentang jentera F1, beliau cemerlang merapatkan jurang antara penceritaan emosi dan analisis sukan permotoran elit sebagai seorang pengacara yang serba boleh.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy