NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pesawat Boeing 737-8 Malaysia Airlines Baharu Tiba, Penghantaran Pertama Tahun 2026

Pesawat Boeing 737-8 Malaysia Airlines Baharu Tiba, Penghantaran Pertama Tahun 2026

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd secara rasminya menerima sebuah Boeing 737-8 Malaysia Airlines yang merupakan penghantaran pertama bagi tahun 2026 serta pesawat ke-15 bagi jenis tersebut, yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan nasional itu, ketibaan pesawat Boeing 737-8 Malaysia Airlines ini menandakan satu lagi pencapaian signifikan dan langkah strategik dalam usaha memperkukuh kumpulan pesawatnya.

“Tambahan terbaharu ini memaparkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi serta merealisasikan perjalanan lebih lancar dan selesa untuk penumpang,” menurut Malaysia Airlines dalam hantaran yang dimuat naik menerusi akaun rasmi platform X milik syarikat tersebut.

Pesawat berkenaan telah dikendalikan dengan penuh dedikasi oleh barisan juruterbang profesional iaitu Kapten Reza Abdul Rahim, Kapten Megat Mohd Yasser Mohd Yusoff, Kapten Mohamad Shazreen Sazali, Pegawai Pertama Meor Muhamad Arif Meor Mohd Mahazir dan Aidid Azizul Hashim yang memastikan kelancaran teknikal penerbangan di ruang udara Malaysia.

“Di sebalik setiap ketibaan adalah usaha tidak kenal penat lelah para jurutera serta pasukan projek pesawat kami…terima kasih kerana telah merealisasikan detik bermakna ini.”

“Setiap pesawat baharu ini hanya mendekatkan kami kepada usaha takrifan semula pengalaman perjalanan melalui inovasi bermakna serta kemesraan Hospitaliti Malaysia dan menjadikan perjalanan anda sesuatu yang amat bermakna. Kami menunggu untuk menyambut ketibaan anda,” tegas Malaysia Airlines dalam mengakhiri kenyataan tersebut.

-BERNAMA

Sumber: Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD