GEORGETOWN – Sektor pelancongan perubatan Pulau Pinang terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila jumlah pesakit antarabangsa meningkat kepada 527,176 orang pada tahun 2025, iaitu kenaikan sebanyak 25.94 peratus berbanding tahun sebelumnya.
EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai memaklumkan, peningkatan itu turut menyumbang kepada hasil yang mencecah RM1.136 bilion, meningkat 26.60 peratus berbanding RM898.07 juta yang direkodkan pada 2024. Menurut beliau, data daripada Pusat Pelancongan Perubatan Pulau Pinang (PMED) yang melibatkan 16 hospital swasta menunjukkan jumlah pesakit asing pada tahun 2024 adalah seramai 418,608 orang.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ong Ah Teong (DAP-Batu Lancang) mengenai pencapaian sektor tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Menurut Hon Wai, sempena Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia (MYMT) 2026, kerajaan negeri telah merangka beberapa inisiatif bagi memperkukuh lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pelancongan perubatan.
Antara usaha yang dilaksanakan termasuk kerjasama dengan syarikat penerbangan untuk menarik lebih ramai pesakit dari luar negara. Menerusi inisiatif itu, pelancong yang memiliki pas masuk penerbangan antarabangsa serta pasport asing layak menikmati diskaun 15 peratus bagi pakej pemeriksaan kesihatan, bermula 1 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2026.
Selain itu, kerajaan negeri turut memperkenalkan kemudahan pembayaran menggunakan mata wang negara asal pesakit seperti Rupiah Indonesia melalui sistem Quick Response Indonesian Standard (QRIS), yang menawarkan kadar pertukaran lebih kompetitif berbanding penggunaan kad debit atau kredit.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?