SEOUL – Nilai mata wang won Korea Selatan dilaporkan menyusut ke tahap paling rendah berbanding dolar AS sejak tahun 2009 pada Jumaat, berikutan tindakan berterusan pelabur antarabangsa melupuskan saham tempatan ekoran kebimbangan terhadap konflik di Asia Barat yang masih belum menemui jalan penyelesaian diplomatik, lapor Agensi Berita Yonhap.
Mata wang won bertukar tangan pada kadar 1,539.1 won bagi setiap dolar AS pada jam 3.30 petang, menyaksikan penurunan sebanyak 9.4 won berbanding hari sebelumnya, sekali gus merekodkan prestasi paling lemah sejak 9 Mac 2009.
Won pada mulanya dibuka pada kadar 1,529 won bagi setiap dolar AS, menunjukkan kenaikan 0.7 won daripada paras penutup hari sebelumnya, namun kembali merosot ekoran tindakan pelabur luar melepaskan pegangan ekuiti tempatan mereka.
Malah pada satu ketika dalam sesi urus niaga Jumaat, mata wang won sempat menjunam sehingga ke paras 1,549.1 won bagi setiap dolar AS, yang merupakan rekod paling rendah bagi dagangan intrahari sejak 10 Mac 2009.
Kejatuhan nilai won ini tetap terjadi walaupun pihak pengawal selia telah memberikan komitmen untuk melaksanakan pelbagai langkah intervensi bagi mengawal pergolakan drastik dalam pasaran pertukaran wang asing.
Menjelang penutupan Jumaat, golongan pelabur asing merekodkan jumlah jualan bersih ekuiti tempatan yang mencecah nilai 3.5 trilion won (bersamaan AS$2.3 bilion).
Tindakan itu sekali gus menyaksikan pelabur luar terus kekal sebagai penjual bersih dalam pasaran saham tempatan bagi sesi dagangan yang ke-20 berturut-turut.
Sumber: Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?