NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kereta China Nilai Jual Semula Jatuh Atau Berbaloi Dalam 5 Tahun?

Kereta China Nilai Jual Semula Jatuh Atau Berbaloi Dalam 5 Tahun?

KUALA LUMPUR – Isu nilai jual semula atau resale value kereta jenama China sering menjadi bahan perdebatan hangat. Adakah pembeli hari ini akan menyesal lima tahun akan datang?

Persoalan ini dibincangkan secara telus dalam episod Jangan Kecam Podcast sempena KLIMS 2026 di MITEC Kuala Lumpur baru baru ini.

Nazz Abdullah bersama panel jemputan, GC Mah dari AutoBuzz dan Abang Gan dari PanduLaju mengupas adakah jenama besar dari China ini mampu bertahan lama atau sekadar singgah sebentar di pasaran kita.

Jangan Keliru Antara Jenama Gergasi Dan Cap Ayam

GC Mah menegaskan bahawa kita perlu bijak membezakan antara jenama konglomerat gergasi dengan jenama kecil yang tidak dikenali.

Beliau berkata bahawa syarikat seperti Chery, GAC, dan GWM adalah konglomerat gergasi yang mempunyai kualiti serta modal yang besar.

GC Mah menambah bahawa mereka tidak datang ke sini untuk menipu pembeli. Ini adalah jenama besar yang mempunyai kualiti dan kredibiliti tersendiri, namun ia memerlukan masa untuk membina keyakinan dalam kalangan pengguna di Malaysia.

GC Mah AutoBuzz

Ekosistem Adalah Kunci Utama

Bagi Abang Gan pula, nilai jual semula sesebuah kereta tidak hanya bergantung kepada jenama semata mata tetapi pada sokongan ekosistem yang dibina oleh pengeluar tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa jika sebuah jenama hanya membuka satu pusat servis sahaja di lokasi yang tidak strategik, maka nilai jual semula sudah tentu akan terjejas.

GC Mah turut bersetuju dengan pandangan tersebut. Beliau menyatakan bahawa ia bukan sekadar produk semata mata tetapi ia adalah keseluruhan ekosistem.

Jenama ini datang ke Malaysia dengan pelan yang kukuh dan mereka tahu bahawa jika nilai jual semula jenama mereka rendah, kereta mereka tidak akan laku di pasaran.

Abang Gan PanduLaju

Kaji Sebelum Membeli

Nazz Abdullah pula mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati hati dan membuat kajian sebelum membuat keputusan.

Pasaran kereta China memang sedang berkembang pesat di seluruh dunia, tetapi pembeli perlu melihat kepada potensi jangka panjang jenama tersebut di Malaysia.

Nazz Abdullah

Banyak lagi pendedahan jujur daripada Nazz Abdullah, Abang Gan, dan GC Mah yang mungkin mengubah 100 peratus persepsi anda tentang dunia EV hari ini.

Jom tonton perbincangan penuh tanpa tapisan di saluran YouTube Jangan Kecam Podcast.

Siti Sarah Abu Kassim

Siti Sarah merupakan Spesialis Naratif & Formula 1 (F1) yang pakar dalam menggarap skrip serta dialog berimpak tinggi. Berbekalkan pemahaman teknikal yang mendalam tentang jentera F1, beliau cemerlang merapatkan jurang antara penceritaan emosi dan analisis sukan permotoran elit sebagai seorang pengacara yang serba boleh.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy