NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

GAC M8 PHEV Dilancarkan di Malaysia – MPV Premium, 2 Varian, Harga Bermula RM329k

GAC M8 PHEV Dilancarkan di Malaysia – MPV Premium, 2 Varian, Harga Bermula RM329k

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar rasmi GAC di Malaysia, telah melancarkan secara rasmi GAC M8 PHEV, ke dalam pasaran Malaysia. Model ini hadir dalam 2 varian iaitu Premium dengan harga bermula RM328,800 dan Luxury pada harga bermula RM388,800 (atas jalan tanpa insurans).

Sebagai tawaran pelancaran, pelanggan yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2025 akan menerima penyelenggaraan percuma selama dua tahun serta kabel pengecas mudah alih bernilai keseluruhan RM3,800.

Dari segi reka bentuk, model ini tampil dengan ukuran 5,212 mm panjang, 1,893 mm lebar, 1,823 mm tinggi dan jarak roda 3,070 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 516 liter dan meningkat sehingga 1,586 liter sekiranya tempat duduk barisan ketiga dibaringkan sepenuhnya.

Dari segi reka bentuk, M8 PHEV menyerlah dengan gril depan bergaya “singa”, lampu utama LED “Awakening Eye” dan rim aloi 18 inci dengan penutup tengah automatik.

Bahagian dalamannya pula dihiasi kulit semi-aniline, ruang kaki luas dengan rel tempat duduk boleh laras sehingga 480 mm, serta kabin senyap dengan 108 titik penebat bunyi dan sistem Engine Noise Control (ENC). Sistem penghawa dingin “Cool-Sense” pula memberi hembusan lembut tanpa angin untuk keselesaan optimum.

Dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo bersama motor elektrik dan transmisi hibrid dua kelajuan (DHT), M8 PHEV menghasilkan 372 PS dan 630 Nm tork dengan jarak pemanduan sehingga 1,038 km menggunakan bateri 25.57 kWh dan tangki petrol 56 liter.

Untuk pengalaman pemanduan lebih selesa, model ini dilengkapi Adaptive Vehicle Dynamics Control dan suspensi elektromagnetik, serta tiga mod pemanduan pintar iaitu Intelligent Hybrid, All-Electricity First dan Power Preservation.

Dari aspek keselamatan, M8 PHEV dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih seperti sistem beg udara 360° (termasuk beg udara cermin belakang pertama di dunia), sistem bantuan pemandu pintar, dan teknologi bateri yang stabil dan selamat.

Dua warna pilihan boleh dipilih iaitu Crystal White dan Elegant Black. Pemilik turut menikmati waranti kenderaan 5 tahun/150,000km dan waranti bateri 8 tahun/150,000km, mana-mana terdahulu.

Model ini kini boleh didapati di semua bilik pameran GAC seluruh negara dengan pandu uji disediakan atas janji temu. Ia juga akan dipamerkan di beberapa siri jelajah termasuk Desa Park City (24–26 Okt), Johor Mid Valley SouthKey (5–9 Nov) dan 1 Utama (12–16 Nov).

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD