KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Tuaran-Kota Kinabalu, awal pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu, mangsa berusia 46 tahun yang merupakan warga Indonesia mengalami kecederaan parah selepas Perodua Viva dipandunya dilanggar sebuah bas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dipercayai keluar dari jalan susur untuk melakukan pusingan U.
Bagaimanapun, tindakan itu dipercayai dilakukan tanpa menyedari kehadiran sebuah bas yang sedang bergerak lurus dari arah pusat bandar menuju ke Inanam.
“Perodua Viva tersebut kemudian dilanggar pada bahagian sisi kiri sebelum diseret kira-kira 15 meter.
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) oleh pasukan bomba untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira jam 3.50 pagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Susulan kejadian itu, kedua-dua kenderaan terbabit telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut bagi membantu siasatan.
Polis turut sedang mengesan saksi bebas yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan berkenaan selain berusaha menghubungi waris mangsa.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Royston Ubak di talian 016-3130153 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?