NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Wanita Ditahan Selepas Didakwa Rosakkan Kereta Guna Pisau

Wanita Ditahan Selepas Didakwa Rosakkan Kereta Guna Pisau

KULIM: Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai merosakkan sebuah kereta menggunakan pisau dalam kejadian di Taman Kemuning, di sini, malam tadi.

Kejadian yang turut tular di media sosial itu berlaku kira-kira jam 10 malam ketika seorang lelaki berusia 29 tahun memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk membeli burger di sebuah premis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, wanita terbabit kemudian didakwa menghampiri kereta berkenaan sebelum merosakkan bahagian belakang kenderaan menggunakan dua bilah pisau pemotong sayur.

“Suspek dipercayai memecahkan cermin besar bahagian belakang serta lampu belakang kereta mangsa menggunakan dua bilah pisau pemotong sayur.

“Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian berjaya menahan suspek,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita tempatan berusia 33 tahun itu mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori mental dan sebelum ini mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Kulim.

Menurutnya, suspek mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak 2012, dengan rawatan terakhir dilaporkan pada Jun lalu.

Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: RTM

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy