KULAI: Tindakan seorang pemandu Nissan GT-R berwarna ungu yang dipercayai memandu melawan arus ketika waktu puncak akhirnya membawa padah apabila dikenakan saman trafik oleh polis.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kulai mengesan satu video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial kira-kira jam 7 malam semalam.
Menurut beliau, rakaman itu memaparkan sebuah Nissan GT-R berwarna ungu dipercayai dipandu melawan arus di Kilometer 32, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam sebelum berhenti di tengah jalan.
@osedapdotcom Lepas buat siasatan, polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.05 pagi semalam. Pemandunya pula dikenal pasti seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun. Baca artikel di website Osedap! link dekat Bio Sumber: Facebook Untuk kredit atau apa-apa berkaitan konten, boleh terus DM ye 🥰 #osedapdotcom #osedapviralvideo #osedapnakshare #osedapboraksedap #foryourpage #viraltiktokvideo #nissangtr
Video sama turut menunjukkan seorang lelaki berbaju merah berdiri di sisi kenderaan tersebut sambil memarahi pemandunya.
“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.05 pagi dan pemandu terbabit merupakan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan siasatan, polis telah mengeluarkan saman terhadap pemandu berkenaan mengikut Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas.
Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000.
Dalam pada itu, Tan turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas dan tidak melakukan tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri atau pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata, sikap bertanggungjawab ketika memandu amat penting bagi memastikan keselamatan semua pihak sentiasa terpelihara.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?