NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kemalangan Libatkan Empat Kenderaan, Lelaki 30-an Maut Tersepit

Kemalangan Libatkan Empat Kenderaan, Lelaki 30-an Maut Tersepit

SLIM RIVER: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Klant Halt 3, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa ditemukan tersepit di dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kemalangan tersebut membabitkan empat kenderaan, iaitu dua kereta, sebuah lori tiga tan dan sebuah lori kontena.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati kemalangan membabitkan empat kenderaan.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang merupakan pemandu salah sebuah kereta tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM,” katanya dalam satu kenyataan.

Bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Dalam pada itu, pemandu sebuah lagi kereta, pemandu lori tiga tan bersama dua kelindan serta pemandu lori kontena dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selepas operasi menyelamat selesai, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: RTM

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy