11,269 Unit Berjaya Dijual Proton pada September 2024 – Sedikit Menurun, X70 Rekod Pencapaian Tertinggi Sejak Disember 2022
Prestasi jualan bulan September telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 11,269 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia. Sedikit menurun berbanding dengan jumlah jualan pada Ogos iaitu sebanyak 12,690 unit. Namun, jualan keseluruhan bagi sembilan bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 112,758 unit berjaya dijual oleh Proton. […]













