Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, orang ramai tidak lagi perlu mendaftar MyDigital ID untuk log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ dan boleh mendaftar masuk seperti biasa bermula 10 Oktober ini.
“Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas 10 Oktober ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu tidak wujud. MyJPJ boleh terus diakses dengan mudah dengan cepat,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa rakyat Malaysia perlu menggunakan sistem log masuk tunggal (SSO) MyDigital ID untuk mengakses maklumat cukai jalan dan lesen memandu melalui aplikasi MyJPJ.
Menurut laporan Sinar Harian, MyDigital ID merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Mengulas lanjut, arahan berhubung keperluan penggunaan MyDigital ID dalam MyJPJ telah dikeluarkan menerusi pop-up announcement dalam aplikasi itu. Ia telah diturunkan serta-merta kerana ia bukanlah pengumuman rasmi dari Kementerian Pengangkutan (MOT) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Maklumat yang disalurkan melalui ‘pop-up’ MyJPJ telah memberikan maklumat yang mungkin mengelirukan orang ramai. Saya lihat bahawa dalam banyak komen media (sosial) yang bimbang dan memberikan maklum balas berkenaan (maklumat tersebut),” katanya.
Loke menegaskan lagi bahawa kementerian menyokong penggunaan MyDigital ID namun proses pengintegrasian dengan aplikasi MyJPJ perlu dilaksanakan secara ‘back-end’.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?