NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

JPJ

Tular Lelaki Acu Ular Ke Dalam Kereta Wanita Di Banda Hilir, Cetus Kebimbangan Orang Awam

Tular Lelaki Acu Ular Ke Dalam Kereta Wanita Di Banda Hilir, Cetus Kebimbangan Orang Awam

Satu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki didakwa menghulurkan seekor ular ke dalam sebuah kereta di kawasan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir, Melaka, sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam. Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 11 malam pada Isnin lalu itu melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun yang ketika itu berada di dalam […]

RUU Pindaan Akta 333: MoT Cadang Hukuman Lebih Berat Untuk Lumba Haram & Tonto

RUU Pindaan Akta 333: MoT Cadang Hukuman Lebih Berat Untuk Lumba Haram & Tonto

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) kini di peringkat akhir dalam merangka Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta 333. Langkah ini membuktikan usaha berterusan pihak kementerian dalam memperkemas undang-undang trafik sedia ada. Cadangan pindaan ini bagaimanapun masih menunggu masa untuk dibentangkan dan dibahaskan secara rasmi di Dewan Rakyat pada minggu hadapan. ROMBAKAN KOMPREHENSIF MELIBATKAN 11 […]

Remaja 16 Tahun Antara Disaman Dalam Op Bersepadu Kuantan, 24 Motosikal Disita

Remaja 16 Tahun Antara Disaman Dalam Op Bersepadu Kuantan, 24 Motosikal Disita

KUANTAN – Op Bersepadu Luaran yang dijalankan di sekitar bandar Kuantan pada Ahad mendedahkan satu realiti membimbangkan apabila remaja 16 tahun antara yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik, termasuk menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Dalam operasi yang berlangsung dari jam 4 petang hingga 11 malam itu, pihak berkuasa mengeluarkan 102 notis saman trafik […]

JPJ Buka Siasatan Kes Tular Pasangan Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta

JPJ Buka Siasatan Kes Tular Pasangan Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta

SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan siasatan terhadap satu rakaman video tular yang memaparkan aksi berbahaya sepasang individu di dalam sebuah kenderaan yang sedang bergerak. Video yang tersebar luas di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki memandu kereta, manakala seorang wanita dipercayai pasangannya duduk menghadap pemandu tanpa memakai tali pinggang keledar. Aksi tersebut […]

JPJ Guna 2,000 Anggota Pantau Operasi Khas Sempena Musim Perayaan

JPJ Guna 2,000 Anggota Pantau Operasi Khas Sempena Musim Perayaan

KAJANG – Seramai kira-kira 2,000 kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal dikerahkan ke seluruh pelosok negara bagi melaksanakan operasi khas musim perayaan demi menjamin keselamatan orang awam di jalan raya berada di tahap terbaik. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa pengerahan tenaga kerja secara besar-besaran itu merangkumi operasi menyeluruh di rangkaian lebuh raya, stesen bas […]

JPJ Gantung Sementara Urusan Tukar Hak Milik Secara Online

JPJ Gantung Sementara Urusan Tukar Hak Milik Secara Online

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan penangguhan sementara bagi semua urusan Tukar Hak Milik (THM) menerusi saluran dalam talian bermula 25 Mei 2026. Menurut kenyataan rasmi JPJ, penangguhan itu melibatkan semua platform berkaitan termasuk portal awam, kiosk layan diri serta perkhidmatan rakan niaga seperti MyEG dan eAuto Sdn Bhd. Tindakan tersebut diambil susulan aduan rasmi […]

Dua Terkorban Dalam Kemalangan Libatkan Lima Kenderaan

Dua Terkorban Dalam Kemalangan Libatkan Lima Kenderaan

Dua lelaki maut dalam satu kemalangan tragis melibatkan lima kenderaan di Kilometer 25.3 Lebuhraya Linkedua menghala ke Senai, pada Ahad. Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M. Kumarasan, kejadian dipercayai bermula apabila kereta dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi penghadang jalan. Situasi menjadi lebih parah apabila dua motosikal dari arah belakang […]

Tak Ada Lesen & Cukai Jalan, Lelaki Amuk Mahu Bakar Kenderaan Sendiri Di Alor Gajah

Tak Ada Lesen & Cukai Jalan, Lelaki Amuk Mahu Bakar Kenderaan Sendiri Di Alor Gajah

ALOR GAJAH – Kes lelaki amuk mahu bakar kenderaan sendiri mencetuskan kecoh apabila tindakan drastik itu dilakukan selepas kenderaannya cuba disita oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi di Lebuh Rembia, baru-baru ini. Dalam kejadian itu, lelaki berusia 29 tahun berkenaan pada awalnya dilihat memberi kerjasama baik kepada pihak penguat kuasa. Namun, suasana […]

Op Mabuk Klang: 11 Pemandu Dicekup, Polis Tegas Tanpa Kompromi

Op Mabuk Klang: 11 Pemandu Dicekup, Polis Tegas Tanpa Kompromi

KLANG – Operasi khas Op Mabuk Klang terus memperlihatkan keseriusan pihak berkuasa apabila seramai 11 pemandu termasuk seorang wanita ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan baru-baru ini. Operasi yang dikendalikan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan itu berlangsung selama beberapa […]

Dron JPJ Pantau 288 Lokasi Panas Sempena Aidilfitri

Dron JPJ Pantau 288 Lokasi Panas Sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggerakkan enam buah dron berteknologi tinggi untuk mengawasi dan mengesan sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya dari udara sepanjang tempoh Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) tahun ini. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, penggunaan unit dron tersebut akan difokuskan di 288 lokasi panas yang sering mencatatkan kadar kemalangan […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy