NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Terkorban Dalam Kemalangan Libatkan Lima Kenderaan

Dua Terkorban Dalam Kemalangan Libatkan Lima Kenderaan

Dua lelaki maut dalam satu kemalangan tragis melibatkan lima kenderaan di Kilometer 25.3 Lebuhraya Linkedua menghala ke Senai, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M. Kumarasan, kejadian dipercayai bermula apabila kereta dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi penghadang jalan. Situasi menjadi lebih parah apabila dua motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak sebelum melanggar kenderaan tersebut.

Akibat impak kuat, pemandu berusia 37 tahun tercampak keluar ke laluan kanan sebelum dilanggar oleh sebuah lori dan dua buah kereta lain.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Seorang lagi mangsa, penumpang berusia 34 tahun, turut tercampak keluar dan terjatuh dari jambatan, lalu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

Sumber: Berita RTM

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy