NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Shell Fuelsave 95 Baharu – Lebih Jimat, Lebih Bersih

Shell Fuelsave 95 Baharu – Lebih Jimat, Lebih Bersih

8 Februari 2023 – Hari ni Shell Malaysia baru saja melancarkan produk utama mereka iaitu Shell FuelSave 95. Minyak Ron95 baru ni dikatakan lebih jimat dan efisen dan dikatakn lebih jimat hingga 15KM (anggaran untuk 1 tangki minyak) daripada ron95 mereka yang sebelum ni.

Untuk perbandingan lebih mudah kita faham dan bayangkan, andai kata biasanya anda penuhkan tangki minyak kereta anda, biasanya ia boleh pandu sekitar 500KM, tetapi sekarang dengan liter yang sama anda boleh capai hingga 515KM, iaitu 15KM lebih jika menggunakan Shell FuelSave 95 baru.

Shell dikatakan berjaya mecapai angka penjimatan yang agak ketara ini dengan menggunakan formula pembersihan secara mendalam untuk menjadikan enjin lebih bersih. Dengan teknologi sasaran deposit yang dapat membersih dengan lebih mendalam berbanding sebelumnya, ia akan menjadikan enjin lebih cekap dan efisen dalam menggunakan bahan api.

Shell FuelSave 95 ini juga sesuai untuk digunakan untuk semua jenis kenderaan sama ada kereta baru atau kereta lama, mahupun kenderaan Hybrid, kerana ia mempunyai perlindungan enjin yang dikatakan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin, dengan menghalang daripada hakisan dan pembentukan deposit baru dalam enjin.

Minyak baru FuelSave 95 ini telah pun sedia berada di semua stesen Shell di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Gallery

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy