NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sistem Tampal Roadtax Kini Mansuh – JPJ Perkenal Sistem Digital, MyJPJ Apps

Sistem Tampal Roadtax Kini Mansuh – JPJ Perkenal Sistem Digital, MyJPJ Apps

10 Februari 2023 – Tak perlu lagi tampal ‘Roadtax Sticker’ untuk kenderaan peribadi mulai hari ni. Sistem roadtax sticker telah ditukar kepada sistem digital, iaitu melalui aplikasi MyJPJ yang boleh dimuat turun oleh semua pengguna jalan raya di Malaysia, kata Menteri Pengangkutan , YB Anthony Loke hari ini.

Beliau berkata sistem ini telah dikaji semula atas sebab untuk mengurangkan kesesakan di JPJ kerana orang ramai beratur panjang setiap hari hanya untuk berurusan perbaharui cukai jalan mereka. Sebelum itu ramai pengguna telah mengadu kesukaran untuk mereka menampal semula roadtax sticker baru yang mudah terkoyak ketika dikopek.

Roadtax sticker yang sebelum ini juga mudah kabur sebelum sampai usia setahun dan beberapa lagi faktor yang mendatangkan kebaikan telah diambil kira untuk memansuhkan sistem yang lama.

Sistem secara digital ini bakal melalui beberapa fasa, untuk pihak JPJ meneliti dan memperbaiki sistem tersebut lebih baik lagi untuk masa yang mendatang.

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy