Weststar Maxus telah melancarkan Maxus MIFA 9 iaitu MPV pertama di Malaysia yang menggunakan elektrik sepenuhnya semalam di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Pelancaran ini telah disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut disertai oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Komunikasi & Digital, YB Tuan Ahmad Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Tuan Hasbie Habibollah.
MIFA 9 berukuran 5,270 mm panjang, 2,000 mm lebar, 1,840 mm tinggi dan mempunyai jarak roda sepanjang 3,200 mm. Berbanding dengan Toyota Alphard dan Vellfire terbaru ialah 5,005 mm panjang, 1,850 mm lebar, 1,950 mm tinggi dan mempunyai jarak roda 3,000 mm.
Antara keistimewaan lain MAXUS MIFA 9:
– Output motor elektrik 245 PS (241 hp or 180 kW) dan 350 Nm; FWD
– 0-100 km/h masa: 9.2 saat
– Top speed: 180 km/h
– Lampu LED depan, tepi dan belakang
– Tiga barisan kerusi dalam kedudukan 2-2-3
– 7 inci kluster digital instrumen dan 12.3 inci skrin sentuh infotainment
Didatangkan dengan 6 jenis warna iaitu Mica Blue, Concrete Grey, Snow Cyan, Pearl Lustre White, Dynasty Red dan Black, MIFA 9 turut tampil dengan 2 Varian ‘Luxury’ dan ‘Premium’. Harga bermula dari RM269,888 di atas jalan tanpa insurans bagi Luxury, manakala Premium spesifikasi tertinggi berharga RM289,888.
100 orang pertama pembeli MIFA 9 akan menerima pengecas rumah AC 22-kW percuma. Dengan harga jauh lebih rendah dari Toyota Alphard dan Vellfire tetapi mempunyai spesifikasi setanding MPV yang mewah, apa pendapat korang?