NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

SMART #1 Satu lagi Kereta Elektrik di bawah RM200K – Bermula RM189,000

SMART #1 Satu lagi Kereta Elektrik di bawah RM200K – Bermula RM189,000

Smart Malaysia telah melancarkan EV Generasi Baharu Smart #1 dan mengumumkan harga rasmi pada hari ini di MITEC, Kuala Lumpur. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Bersedialah untuk jatuh cinta dengan ciri tersendiri model smart #1 bagi Pro, Premium dan Brabus iaitu membuka jalan untuk pengalaman premium dan masa depan pemanduan berprestasi tinggi. Dengan slogan #TAKETHEsmartWAY, smart #1 didatangkan dengan sejumlah 10 kombinasi warna, termasuk Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver, Lumen Yellow, Laser Red, Atom Grey – Matte (Bumbung Atom), Atom Grey – Matte (Bumbung Merah) dan Meta Black (Bumbung Merah).

Harga On-The-Road (tanpa insurans) smart #1 bagi model Pro, Premium dan Brabus dengan cukai jualan dan perkhidmatan ialah:

Smart #1 Pro : RM189,000

Smart #1 Premium : RM219,000

Smart #1 Brabus : RM249,000

Dengan tambahan RM5,000, pemilik boleh memilih warna eksklusif Atom Grey-Matte. Pelanggan boleh mula pergi ke pengedar sah Smart untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan menempah atau memuat turun aplikasi Hello Smart di Apple App Store atau Google Play Store.

Mungkinkah ini pesaing baru Tesla dan BYD? Agak terkejut bila dengar harga tapi bila dah tengok depan-depan rasa mcm nak bawak balik rumah sebiji 😮‍💨

 

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy