passionately driven

Ferrari Melancarkan SUV Buat Pertama Kalinya: Ferrari Purosangue

Ferrari telah memperkenalkan buat pertama kalinya kereta empat pintu, empat tempat duduk (SUV) iaitu Ferrari Purosangue. Purosangue ini berukuran 4,973 mm panjang, 2,028 mm lebar dan 1,589 mm tinggi, dengan jarak antara roda 3,018 mm.

Purosangue ini didatangkan dengan kapasiti enjin 6.5 liter dan mampu menghasilkan 716 Nm pada 6250 rpm. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 725 Ps pada 7750 rpm. Dengan berat sebanyak 2033 Kg, sudah cukup untuk menggerakkan kereta ini ke 100 km/j dalam masa 3.3 saat dan kelajuan maksimum adalah sebanyak 310 km/j.

Dengan slogan ‘Unlike Any Other’, Purosangue didatangkan dengan empat warna iaitu perak, putih metalik, hitam dan merah yang dikenali sebagai Nero Purosangue. Harga On-The-Road (tanpa insurans) bagi model Ferrari Purosangue dengan cukai jualan dan perkhidmatan bermula dari RM5,000,000. Pemilik akan mendapat program penyelenggaraan percuma untuk 7 tahun pertama model ini.

Selalu dapat 2+2 punya seat je kan tapi kali ni SUV guys. Dah boleh bawak family pergi bercuti terus. Paling min amaze, dia punya pintu belakang. Memang takkan dapat dekat kereta lain.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD