Ferrari telah memperkenalkan Ferrari Roma Spider iaitu model terkini dari Maranello marque yang telah menggantikan Portofino M. Roma Spider ini berukuran 4,656 mm panjang, 1,974 mm lebar dan 1,306 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,670 mm. Dengan kelajuan 60 km/j, Roma Spider telah merekodkan 13.5 saat sahaja untuk buka dan tutup bumbung kereta ini.
Roma Spider ini didatangkan dengan kapasiti enjin 3.9 liter dan mampu menghasilkan 760 Nm pada 3000 – 5750 rpm. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 620 Ps pada 5750 – 7500 rpm. Dengan berat sebanyak 1556 Kg, sudah cukup untuk menggerakkan kereta ini ke 100 km/j dalam masa 3.4 saat dan kelajuan maksimum adalah sebanyak 320 km/j.
Dengan slogan ‘A New Story Begins’, Roma Spider didatangkan dengan empat warna iaitu Grigio Ingrid, Grigio Alloy, Nero dan Bianco Abus. Harga On-The-Road (tanpa insurans) bagi model Ferrari Purosangue dengan cukai jualan dan perkhidmatan bermula dari RM3,200,000. Pemilik akan mendapat program penyelenggaraan percuma untuk 7 tahun pertama model ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?