NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Honda CR-V 2024: Kini Datang Dengan Enjin 2.0L e:HEV

Honda CR-V 2024: Kini Datang Dengan Enjin 2.0L e:HEV

Honda Malaysia telah memperlihatkan Honda CR-V, sebuah model SUV yang bakal dilancarkan dalam akhir bulan ini. Empat jenis varian untuk jualan iaitu 1.5L S, 1.5L E, 1.5L V AWD dan 2.0L e:HEV RS.

Bagi kapasiti enjin 1.5 liter, CR-V ini mampu menghasilkan 243 Nm pada 2000 – 5000 rpm. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 193 Ps pada 5600 rpm.

Manakala bagi enjin 2.0 liter, tiada kenyataan rasmi lagi tetapi berdasarkan Civic e:HEV, ia mampu menghasilkan 189 Nm dan output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 143 Ps pada 6000 rpm.

Honda Malaysia juga telah menghentikan pengeluaran bagi varian 2.0L i-VTEC yang pernah dilancarkan dahulu bagi model CR-V facelift generasi ke-5 dan model CR-V facelift generasi ke-6 hanya akan datang dalam bentuk hybrid dan turbocharged.

Masih tiada anggaran harga rasmi bagi model Segmen-C kategori SUV ini tapi anggaran min bermula dari RM160k hingga RM180k. Sama-sama kita tunggu pelancaran dia dalam bulan ni.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy