NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Mazda 2 Facelift Telah Dilancarkan: Berharga RM108,670

Mazda 2 Facelift Telah Dilancarkan: Berharga RM108,670

Bermaz Motor telah melancarkan Mazda 2 facelift hari ini. Masih mengekalkan bentuk hatchback dan sedan, model segmen-B ini berharga RM108,670 on-the-road (tanpa insurans) iaitu RM5,000 lebih dari harga sebelum ini.

Dengan kapasiti enjin 1.5 liter, Mazda 2 ini mampu menghasilkan 149 Nm pada 4000 rpm. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 114 Ps pada 6000 rpm.

Mazda 2 ini didatangkan dengan sejumlah 6 warna iaitu Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Snowflake White Pearl yang tersedia untuk kedua-dua hatchback dan sedan. Manakala Polymetal Grey dan Airstream Blue eksklusif untuk hatchback dan Aero Gray hanya untuk Sedan.

Pemilik akan mendapat penyelenggaraan percuma untuk 5 tahun atau 100,000-km pertama model ini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy