NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tempahan SMART #1 telah Mencecah 1,000 unit dalam Masa beberapa Minggu

Tempahan SMART #1 telah Mencecah 1,000 unit dalam Masa beberapa Minggu

Hanya dalam beberapa minggu selepas pelancarannya pada 21 November, smart Malaysia dengan gembira mengumumkan pencapaian yang amat mengalakkan bagi smart #1, dengan tempahan yang mencecah 1,000 unit.

Melalui aplikasi Hello smart yang mesra pengguna, smart Malaysia komited untuk menempatkan pelanggan sebagai fokus utama. Dari tempahan kereta, pembayaran, sehingga memulakan proses pengecasan, dan memantau status pengecasan, aplikasi ini memberikan penyelesaian yang menyeluruh kepada pemilik smart #1.

Selain itu, Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 tahun atau 200,000km, Jaminan Komponen Bervoltan Tinggi selama 8-tahun atau 150,000km, Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan, dan Jaminan Alat Ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan akan diberikan kepada penbeli smart #1.

Pembeli juga boleh mendapatkan tawaran eksklusif, termasuk Pakej Aksesori percuma bernilai RM2,000, Data Internet percuma selama 5 tahun dengan jumlah 60GB, dan tawaran limited-time Pengecas AC smartCharge percuma bernilai RM3,200. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Disember 2023.

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy