Berikutan dengan skandal ujian keselamatan oleh Daihatsu baru-baru ini yang telah melibatkan beberapa model Perodua, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan ketidakaturan prosedur. Berikut adalah kenyataan media dari beliau:
Merujuk kepada pengumuman Daihatsu Motor Co., Ltd. (DMC) yang dikeluarkan pada hari ini mengenai penggantungan model-modelnya disebabkan oleh “ketidakaturan prosedur”.
Perodua turut mengeluarkan kenyataannya sebagai maklumbalas kepada laporan jawatankuasa audit bebas mengenai “ketidakaturan prosedur” yang dilakukan ole DMC semasa menjalankan ujian keselamatan kenderaan terhadap beberapa pengeluar kenderaan (OEM)”, yang diumumkan awal pagi ini.
Laporan jawatankuasa audit bebas sepertimana yang diumumkan oleh DMC menyebut:
“Pemeriksaan dan ujian ini mengesahkan bahawa kesemua 174 ketidakaturan yang dikenalpasti oleh jawatankuasa audit bebas memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan”.
Kami sedang melakukan penilaian terperinci mengenai isu tersebut dan sedang dalam perbincangan bersama pihak berkuasa Malaysia tentang kesan perkembangan ini terhadap kenderaan keluaran kami.
Pada 28 April 2023, DMC telah mengumumkan berlakunya “ketidakaturan prosedur” semasa menjalankan ujian keselamatan ke atas kenderaan di Jepun. Berikutan pengumuman itu, DMC telah menubuhkan jawatankuasa audit bebas yang terdiri daripada peguam dan tenaga kerja teknikal.
Kami memohon maaf kepada para pelanggan yang kami hargai serta orang awam di atas keresahan yang timbul daripada pengumuman ini. Niat kami adalah untuk memberi jaminan kepada para pelanggan yang kami hargai.
Hasil dari kenyataan media ini, Perodua sedang melakukan penilaian terperinci berkenaan perkara ini dan sedang berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia tentang kesannya. Hasil daripada perbincangan tersebut akan diberitahu kelak.
Jom baca: Perodua & Toyota Terlibat Dalam Skandal Ujian Keselamatan oleh Daihatsu