BMW Malaysia baru saja memperkenalkan BMW X6 xDrive40i M Sport terbaru, sebuah kenderaan yang membawa gabungan reka bentuk menarik dan prestasi hebat.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “BMW X6 xDrive40i M Sport Terbaru ini menyatukan reka bentuk yang menawan, kemewahan, dan prestasi memukau. Ia menggambarkan komitmen kami dalam memberikan kombinasi gaya dengan kemampuan tinggi. BMW X6 ini memang pencetus dalam cipta segmen kereta reka bentuk Coupe untuk aktiviti sukan.”

Dalam generasinya yang ketiga, BMW X6 xDrive40i M Sport Terbaru menonjol dengan teknologi terkini BMW seperti paparan BMW Curved Display yang menarik dan sistem pengendalian BMW Operating System 8.
Kenderaan ini mempunyai penambahbaikan reka bentuk menarik, paparan yang moden, dan teknologi hibrid ringan 48-Volt untuk kuasa yang lebih baik dan penggunaan bahan api yang rendah.
BMW X6 xDrive40i M Sport Terbaru menawarkan prestasi hebat dengan mesin yang kuat, Suspensi M Adaptif, dan kemudahan teknologi seperti BMW Intelligent Personal Assistant dan Driving Assistant Professional untuk keselamatan dan keselesaan yang lebih baik.

Pelanggan boleh dapatkan BMW X6 xDrive40i M Sport Terbaru bermula dari harga RM 754,800.00 dengan jaminan dan pakej perkhidmatan 5 tahun.

Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?