NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

420 Pembekal Akan Dibayar Ganti Rugi oleh Daihatsu

420 Pembekal Akan Dibayar Ganti Rugi oleh Daihatsu

Menurut Nikkei Asia, selepas sekumpulan panel bebas menemui ketidakaturan prosedur dalam operasinya, Daihatsu Motor, pembuat kereta Jepun, akan mula berunding dengan pembekal untuk menebus kehilangan pendapatan akibat penggantungan penghantarannya. Selain itu, Daihatsu berhasrat untuk berhentikan operasi pembuatan di kemudahan domestiknya pada 26 Disember bagi membantu siasatan. Ia belum diketahui bila ia akan dimulakan semula.

Dalam mesyuarat pada hari Rabu yang lalu, firma itu membentangkan niat membayarnya kepada pembekal alat gantinya dan pihak lain dalam rantaian bekalannya yang mempunyai hubungan perniagaan langsung dengannya. Idea ini memerlukan pembelian alat ganti Daihatsu yang telah dikilangkan dan memberikan wang pampasan untuk jualan yang terlepas akibat daripada penghentian operasi pembuatan.

423 perniagaan berurusan secara langsung dengan Daihatsu daripada pembekal Tahap 1 sehingga Tahap 3. Daihatsu akan berusaha sehabis baik dan sedang dalam proses rundingan untuk jumlah pampasan yang akan diberikan kepada semua pembekal yang berurusan dengannya.

Terdapat kilang Daihatsu di wilayah Oita, Shiga, Kyoto dan Osaka. Pada hari Rabu yang lalu, Daihatsu telah menghentikan penghantaran dari semua kilang ini. Walau bagaimanapun, pembekal komponen-komponen masih diterima dan pekerja-pekerja masih memberikan sentuhan akhir yang sedang dalam proses pengeluaran.

Daihatsu masih belum menentukan bila ia akan berhentikan proses pemasangan untuk kilang-kilang mereka di luar negara, tetapi semua kilang tempatannya akan diberhentikan untuk sementara waktu.

Jom baca: Perodua & Toyota Terlibat Dalam Skandal Ujian Keselamatan oleh Daihatsu 

Sumber : Nikkei Asia

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy