NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pengeluaran Toyota Rush Sudah Dihentikan di Malaysia

Pengeluaran Toyota Rush Sudah Dihentikan di Malaysia

Di laman web rasmi UMW Toyota, SUV segmen-B tujuh tempat duduk Toyota Rush sudah diturunkan. Menurut semakan dari Paultan, pengendali rasmi jenama Toyota di Malaysia itu telah mengesahkan bahawa jualan bagi Toyota Rush sudah dihentikan.

Seperti yang kita ketahui, Toyota Rush adalah kembar kepada Perodua Aruz dan telah dilancarkan pada pasaran Malaysia pada Oktober 2018. Kedua-dua model ini telah dihasilkan bersama di kilang Perodua yang terletak di Rawang cuma proses kemasan akhir, pemasangan aksesori dan kawalan kualiti akhir untuk Toyota Rush sahaja dilakukan di kilang Toyota yang terletak di Bukit Raja, Klang.

Walaupun sekali lihat Rush mempunyai rupa yang sama dengan Aruz tetapi ia mempunyai beberapa perbezaan seperti gril hadapan, lampu belakang, rekaan papan pemuka dan lain-lain.

Dengan beberapa perbezaan dan juga lencana Toyota, Rush dijual RM20,000 lebih mahal berbanding Perodua Aruz. Kali terakhir Rush diberikan kemaskini adalah pada April 2021 dengan hanya melibatkan pilihan warna badan. Harga bagi varian 1.5E bermula dari RM88,314 dan varian 1.5S bermula dari RM91,885.

 

Sumber : Paultan

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy