passionately driven

BYD Seal Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

BYD Seal bakal dilancarkan tidak lama lagi seperti yang telah dijanjikan oleh mereka. Hal ini telah didedahkan sendiri di laman Facebook rasmi BYD Cars Malaysia di mana mereka telah memuat naik satu gambar yang bertulis ‘Faster than your morning coffee – coming soon’ dengan caption ‘Any idea what we’re talking about?’. Jawapannya sudah tentu BYD Seal dengan hashtag #SealTheSpeed.

Kenderaan elektrik sedan ini telah diperlihatkan buat pertama kali ketika ulangtahun pertama BYD pada bulan Disember lalu dan kami telah diberitahu bahawa pelancarannya bakal berlaku di suku pertama tahun 2024. Seal ini berukuran 4,800 mm panjang, 1,875 mm lebar, 1,852 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,920 mm. Dijangkakan Seal akan didatangkan dengan 3 varian.

Varian yang pertama iaitu Dynamic Standard Range didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 310 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 204 Ps. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 7.5 saat. Untuk jarak sejauh 460 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 61.4 kWh dengan sekali pengecasan.

Untuk varian Premium Extended Range, ia juga didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 360 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 313 Ps. Untuk jarak sejauh 570 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan.

Untuk varian paling laju seperti yang mereka telah iklankan di dalam posting mereka iaitu Performance AWD didatangkan dengan spesifikasi dual-motor powertrain yang mampu menghasilkan 670 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 530 Ps. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 3.8 saat. Untuk jarak sejauh 520 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan.

Anggaran harga yang telah diberitahu oleh sales advisor bermula dari RM180,000 untuk Dynamic, RM200,000 untuk Premium ER dan RM220,000 untuk Performance AWD. Sama-sama kita nantikan pelancaran bagi BYD Seal yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

 

Sumber: Paultan

 

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD