Nissan GTR R35 Nismo Edition adalah kenderaan berprestasi tinggi yang memukau peminat automotif dengan kombinasi ciri-ciri rekaan yang aerodinamik, prestasi enjin yang mempesona, dan teknologi terkini. Versi Nismo mengambil kehebatan GTR R35 ke tahap yang lebih tinggi dengan peningkatan dalam rekabentuk dan prestasi yang luar biasa.
Rekaan luaran Nissan GTR R35 Nismo Edition menunjukkan finishing lebih ‘sporty’ dan aerodinamik. Spoiler belakang yang menonjol, diffuser bahagian bawah yang direka semula, serta penggunaan bahan-bahan ringan yang meningkatkan kestabilan dan prestasi pada kelajuan tinggi. Kesan aerodinamik yang dikaji secara mendalam memastikan pengekalan laluan udara yang sempurna, memberikan kestabilan semasa memandu dalam keadaan yang mencabar.
Nismo Edition dikuasakan oleh enjin V6 3.8 liter twin-turbocharged yang ditingkatkan. Prestasi enjin yang mencecah lebih dari 600 PS (Horsepower) dan 652Nm tork yang sangat tinggi membolehkan GTR R35 Nismo memecut ke kelajuan tinggi dengan mudah. Prestasi yang memukau ini dicapai melalui penalaan semula enjin yang dibuat secara handmade oleh pakar dari Jepun sendiri dan transmisi Automatic 6 -speed AWD Dual-Clutch Transmission memberikan pengalaman memandu yang sangat menyeronokkan.
Kabin Nissan GTR R35 Nismo Edition menggabungkan rekabentuk yang memukau dengan kemudahan teknologi yang terkini. Dari rekaan tempat duduk lebih menarik dengan kemasan berwarna merah dan tulisan NISMO pada tempat duduk, hingga sistem infotainment yang canggih, segala ciri-ciri dalaman disusun dengan teliti untuk memenuhi keperluan pemandu yang mencari keselesaan dalam prestasi tinggi.
Nismo Edition dilengkapi dengan teknologi terkini termasuklah sistem kawalan traction control, sistem brek berprestasi tinggi, dan paddle shift yang menyempurnakan keseronokan memandu. Tambahan pula, ciri-ciri keselamatan seperti ABS, ESC, EBD turut disuntik bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang semasa memandu.
Nissan GTR R35 Nismo Edition atau lebih dikenali sebagai Godzilla adalah sebuah kereta yang orang sudah sedia maklum prestasi kuasanya yang mampu bersaing dengan supercar yang lain seperti Lamborghini dan Ferrari. Prestasi yang luar biasa, rekaan aerodinamik yang mencolok mata, dan kemewahan dalaman menjadikan kenderaan ini bukan sekadar ikon, tetapi kehebatan yang menjadi impian bagi peminat kenderaan prestasi tinggi. Bagi mereka yang menggemari prestasi dan keunikan dalam segala sudut terutamanya kuasa enjin, GTR R35 Nismo Edition adalah pilihan yang sesuai.