Volvo Car Malaysia Berjaya Jual 2,694 Unit Pada Tahun 2023

Sebanyak 2,694 unit kenderaan telah berjaya dijual sepanjang tahun 2023 dan ia telah diumumkan hari ini oleh Volvo Car Malaysia (VCM). Dari jumlah keseluruhan itu, 71 peratus adalah dari model-model Recharge (yang menerima teknologi elektrifikasi termasuk hibrid) dan 18 peratus daripadanya adalah model elektrik penuh (EV).

Ini menunjukkan jualan EV di VCM telah mencapai purata jualan EV global Volvo Cars yang lebih tinggi bagi 2023 iaitu 16 peratus dari jumlah keseluruhan. Walau bagaimanapun, jumlah sasaran yang telah ditetapkan oleh VCM pada tahun 2022 masih jauh iaitu untuk mencapai jualan EV sebanyak 75 peratus menjelang 2025.

Walaupun angka jualan keseluruhan tahunan VCM pada tahun lepas lebih rendah berbanding pada tahun 2022 iaitu 16 peratus lebih rendah dari rekod jualan 3,194 unit, syarikat ini telah mencipta pencapaian yang hebat di mana mereka telah berjaya menjual sebanyak 71 peratus model Recharge untuk pasaran global Volvo Cars 2023.

Disebabkan pencapaian hebat ini, Malaysia telah tersenarai dalam 15 pasaran Volvo di seluruh dunia dan telah mencatat peratusan jualan model-model Recharge yang tinggi, membuktikan penerimaan yang baik terhadap teknologi plug-in hybrid (PHEV) dan EV di sini.

“2023 adalah tahun yang transformatif bagi kami kerana kami beralih ke arah masa depan elektrik sepenuhnya. Semua model elektrik sepenuhnya kami kini dijual terus pada platform jualan dalam talian kami untuk perjalanan pemilikan yang selamat, telus dan tanpa kerumitan. Walaupun menunjukkan penurunan jualan yang sedikit, kami amat berbangga kerana telah mempertahankan bahagian segmen kami memandangkan kami berada di antara kitaran produk tanpa pelancaran baharu tahun lepas,” kata Charles Frump, pengarah urusan VCM.

VCM dijangka bakal melancarkan 2 model EV generasi Volvo iaitu SUV kompak EX30 dan juga SUV mewah EX90 pada tahun 2024.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD