passionately driven

Porsche Macan EV 2024 Bakal Dilancarkan pada 25 Jan

Porsche telah memuat naik teaser bagi Macan generasi kedua di laman web rasmi mereka dan di dalam teaser tersebut memaparkan tarikh rasmi pelancaran model itu iaitu pada 25 Januari 2024.

Sepanjang 10 tahun Macan dilancarkan pada tahun 2013, beberapa facelift telah diberikan kepada model ini iaitu yang pertama pada tahun 2018 dan diikuti dengan facelift yang terkini iaitu pada tahun 2021.

Kapasiti bateri kini telah disahkan oleh Porsche sebagai 100 kWh, atau 95 kWh kapasiti yang boleh digunakan, dan kenderaan ini menggunakan senibina elektrik 800 volt yang menyokong sehingga 270 kW pengecasan arus terus (DC). Dengan cara ini, pengecasan bateri dari 10-80% dapat dicapai dalam masa hanya 22 minit. Dengan koefisien seretan 0.25, jangkauan bateri akan lebih daripada 500 km mengikut protokol ujian WLTP untuk semua variasi, kata Porsche.

Berbeza dengan Taycan, tiada penguat voltan tinggi (HV) dalam Macan EV, dan apabila disambungkan kepada pengecasan 400 V, kenderaan akan menggunakan ‘bank charging’ yang bertukar melalui perisian untuk memecahkan bateri menjadi dua unit 400 volt secara selari, membolehkan pengecasan lebih cepat dengan 400 volt setiap satu. Sementara itu, pengecasan AC maksimum 11 kW disokong, dengan penarafan keluaran pengecasan AC yang lebih tinggi dikatakan akan hadir untuk model Macan.

Macan dalam variasi teratasnya akan menawarkan 612 Ps┬ádan 1,000 Nm┬ádalam mod ‘overboost’, dengan rear axle-biased output distribution, walaupun tiada angka prestasi telah diumumkan lagi. Dari segi ujian ketahanan, Macan EV telah menjalani lebih daripada 3.5 juta km ujian di trek dan jalan awam, dalam suhu yang berkisar dari negatif 30 darjah Celsius, hingga 50 darjah Celsius.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD