BMW Malaysia Rekod Sebanyak 15,012 Unit Jualan Bagi 2023

Tahun 2023 telah mencatatkan kejayaan besar bagi BMW Group Malaysia di mana rekod sebanyak 15,012 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad telah berjaya dijual dan peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding pada tahun 2022. Untuk empat tahun berturut-turut, syarikat ini berjaya mempertahankan kedudukan nombor 1 sebagai pengeluar kenderaan premium di Malaysia dan turut diraikan dengan ulang tahun ke-20 BMW Group Malaysia di negara ini.

Pecahan bagi rekod jualan tahun lalu adalah sebanyak 11,699 unit kenderaan dari BMW telah berjaya dijual, namun jumlah tersebut turun 1.3 peratus berbanding tahun 2022. Berbeza dengan MINI, peningkatan yang sangat ketara iaitu sebanyak 41.9 peratus dengan 1,750 unit kenderaan berjaya diserahkan kepada pelanggan dan kenaikan sebanyak 13.4 peratus bagi BMW Motorrad dengan 1,563 unit motosikal telah berjaya dijual.

Tidak dilupakan, kedudukan sebagai pembekal kenderaan elektrik (EV) nombor satu di Malaysia berjaya dikekalkan apabila berjaya menyerahkan sebanyak 3,600 unit EV dari ketiga-tiga jenamanya di mana 1,100 unit daripadanya adalah model iX. Kini, jumlah EV premium BMW di jalan raya Malaysia mencecah hampir 30,000 unit bersamaan dengan pertumbuhan sebanyak 136 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

Selaku Naib Presiden, Ketua MINI Rantau Asia, Eropah Timur, Timur Tengah, Afrika di BMW Group, Pierre Jalady berkata, “Tiada cara yang lebih baik untuk BMW Group meniti ulang tahunnya yang ke-20 di Malaysia, yakni menerusi kejayaan yang begitu cemerlang disumbang oleh barisan kenderaan kita dalam pasaran automotif premium tempatan.”

“Kita dapat menyaksikan model-model kenderaan BMW i mencatatkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan, khususnya melalui perungkaian BMW iX1, BMW iX, BMW i7, MINI Electric dan jentera elektrik yang sulung dalam arena Mobiliti Urban, BMW CE 04.”

Dengan lebih 2.5 juta kenderaan telah berjaya dijual di seluruh dunia, BMW Group Malaysia turut menyumbang kepada kejayaan ini dengan merekodkan jualan tahunan yang tertinggi setakat ini. Prestasi kenderaan elektrik (EV) dari BMW juga telah berkembang dengan pesat dan telah diterima baik oleh para pelanggan menjadikan pengeluar kenderaan premium ini yang terbaik dalam segmen kenderaan elektrik.

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD